Lawatan ke Wad Pediatrik Hospital Tengku Fauziah Kangar Perlis
31 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 30 Januari 2016 telah berlangsung program Lawatan ke Wad Pediatrik Hospital Tengku Fauziah Kangar Perlis. Lawatan ini disertai oleh staf-staf Pusat Internet 1 Malaysia Perlis yang bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini bertujuan untuk melawat dan mengedarkan sedikit buah tangan serta fliers KDB untuk pesakit-pesakit di dalam Wad Pediatrik yang menempatkan pesakit kanak-kanak. Antara aktiviti yang dilakukan adalah lawatan secara santai dan menyampaikan sedikit buah tangan. Program seperti ini dapat mendedahkan keadaan dan kesukaran yang dilalui oleh komuniti setempat dimana staf-staf dan pesakit serta waris dapat meluangkan masa bersama. Melalui program ini, Pusat Internet 1 Malaysia berpeluang melakukan aktiviti bersama jururawat-jururawat yang bertugas dan dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: